15 Soalan Ditanya Anak MB Johor Kepada PM Najib Razak

15 Soalan Ditanya Anak MB Johor Kepada PM Najib Razak

15 Soalan Ditanya Anak MB Johor Kepada PM Najib Razak
15 Soalan Ditanya Anak MB Johor Kepada PM Najib Razak

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi Mohamed Khaled menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi?

Anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu mengemukakan 15 soalan untuk dijawab oleh perdana menteri;

1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu isytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?

12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

15) Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam