140 Aksara Kekal Kirim Pesanan Di Twitter

140 Aksara Kekal Kirim Pesanan Di Twitter
140 Aksara Kekal Kirim Pesanan Di Twitter

Berita yang hangat diperkatakan berkenaan dengan Twitter sebelum ini. 140 aksara kekal kirim pesanan di Twitter iaitu sebelum ini khabar angin mengatakan bahawa pesanan akan ditingkatkan sehingga 10,000 aksara.

Walaupun begitu, CEO Twitter iaitu Jack Dorsey yang berumur 39 tahun telah menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan mempertingkatkan aksara tetapi akan mengekalkan seperti biasa.

Berita berkenaan Twitter ini mendapat reaksi yang berbeza daripada pengguna di mana ada yang menyokong dikekalkan 140 aksara supaya perkhidmatan yang ringkas dapat dilakukan.

Tambahan pula, ada juga yang mahukan peningkatan aksara ini kerana ianya akan memudahkan komunikasi. Penggunan yang mahu kongsikan tulisan yang panjang terpaksa menulis dan membuat screenshot dahulu sebelum mengeposnya sebagai gambar.

Perubahan yang akan dilakukan oleh pihak Twitter mestilah mengambil kira pandangan pengguna supaya dapat digunakan dengan sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam