10,000 Petugas DBKL Akan Miliki Rumah Mampu Milik

10,000 Petugas DBKL Akan Miliki Rumah Mampu Milik

Kira-kira 10,000 petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memiliki kediaman sendiri melalui projek perumahan mampu milik bagi meringankan beban kos sara hidup.

Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata ianya memberi penghargaan kepada petugasnya yang berkhidmat cemerlang.

Sebuah kawasan perumahan berharga kira-kira RM150,000 seunit dengan keluasan 1,000 hingga 2,000 kaki persegi telah didirikan di Cheras.

Keutamaan diberikan kepada kakitangan tidak mempunyai rumah sendiri, tidak terlibat dengan mana-mana pinjaman perumahan serta tidak pernah dikenakan tindakan disiplin

Sebuah lagi projek perumahan akan dibangunkan di Sungai Besi yang dibuka permohonannya kepada orang awam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam